Isnin, 31 Ogos 2009

Terbaru Dari Telaga Biru





Terbitan Terbaru Telaga Biru - Baca Sinopsis Disini!!!

Sabtu, 22 Ogos 2009

Terbitan Universiti Malaya



Dapatkan Keempat-empat Edisi Sekarang Di Kedai-Buku.Com!!!


Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Ng Siew Chok-Isyarat Otak :
Beliau berkata perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom yang membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan di pada kulit kepala. Sejenis alat iaitu EEG (electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.'Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang', katanya. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika solat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu ialah TOMAKNINAH." katanya



Ketika itu katanya isyarat Alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok juga berkata solat memperkuatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu juga katanya, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti seharian.


antara kandungan lain yg menarik...

-Kajian solat ke atas komposisi badan
-Faedah mengamalkan tabiat lazim sempurna atau sebaliknya ke atas komposisi badan semasa solat
-Kebaikan solat Tarawih dan puasa terhadap komposisi badan
-Kajian denyutan jantung
-Kajian kesan pergerakan solat ke atas wanita yang mengalami sakit pinggang
-Kajian Elektroensefalogram dalam solat
-Kajian perubahan isyarat otak semasa Tomakninah
-Kajian kesan solat ke atas disfungsi ereksi (Erectile Dysfunction)


Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM),kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular,komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Buku Resepi



Dapatkan 3 buku resepi Cookies, istimewa dari Rozita Abd Kader. Pengasas Ita Delights ini telah meraih populariti melalui pemasaran secara online sebagai pakar home made cookies. Layari laman web www.ita-delight.com untuk melihat pelbagai jenis biskut yang unik.

* Festival Cookies :: Biskut Raya - Dalam 3 bahasa, Ada Stok!!
* Rahsia Resepi Biskut Kak Ita - mengandungi 40 jenis resepi biskut - Ada Stok!!
* Kuih Tradisional Rasa Baru Kak Ita - Telah ada!! Boleh order sekarang.